Wednesday, 7 October 2009

Reunion

Hari ni ada dua post la pulak..selalunya malas nak update blog ni. Maklumlah, orang tak bekerja LAGI..bukan tak bekerja. Belum je.

Kali ni saya nak bercerita pasal reunion sebab baru-baru ni beberapa ex-MRSM Jasin 1998/99 ada merancang untuk buat reunion pada masa terdekat ni. Secara jujur saya cakap saya tak suka pergi ke majlis reunion. Entahlah kenapa.

Seingat saya, saya bukanlah pelajar yang gembira pada zaman sekolah dulu. Saya ni, secara jujur sekali lagi saya cakap seorang yang penakut. Tidak banyak bercakap. Lambat untuk berkawan. Lambat apa..bak kata orang putih..nak build the rapport..sekurang-kurangnya saya ambil mungkin lebih kurang 5 tahun untuk mengenali dan dikenali oleh seseorang..lama betul untuk mendapat kepercayaan. Apalah sangat yang saya dapat dalam masa dua tahun di MRSM Jasin tu. Dan apalah sangat yang saya dapat di Kolej MARA Banting yang juga selama dua tahun. Memori indah? Oh tidak sama sekali. Kawan yang dirindui? Mungkin juga tidak.

Pelik? Memang pelik. Sakit? Memang sakit. Hati ni tiada siapa tahu perasaannya kecuali Tuhan. Nak salahkan orang lain ke? Buat apa nak salahkan orang lain. Sendiri punya salahlah. hmmm. Majlis reunion sebegini hanya mengundang perasaan tidak selesa saja bagi saya. Malu pun ya juga kerana saya ni mungkin dianggap pelik oleh beberapa orang dulu. Bagi saya, saya lebih selesa kalau berjumpa dengan kawan-kawan yang saya rapat sahaja. Ataupun dengan seorang dua kawan sahaja dalam satu masa..sekurang-kurangnya saya boleh 'start fresh'. Malu tu tidaklah sehebat berjumpa ramai orang sekaligus.

Saya perasan, tidak kiralah majlis reunion siapa-siapa pun - bapak saya pun ada buat majlis reunion di kalangan kawan-kawan universitinya - masing-masing suka atau bangga dengan kejayaan masing-masing dan ingin berkongsi bersama kawan-kawan. Masing-masing yang sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata atau anak-anak yang berjaya dalam bidang akademiknya memperkenalkan mereka kepada kawan-kawan. 'Anak saya sekarang belajar di Ireland buat medicine.' Entahlah. Mungkin saya masih tiada apa-apa yang boleh dibanggakan lagi.

Itu sajalah. Sudah kekeringan idea akibat kekesalan terhadap diri sendiri. Cess..apa la!!

No comments: