Cemburu..itulah yang saya rasakan apabila saya terjumpa satu blog yang ditulis oleh seorang hamba Allah ni..baik orangnya..berilmu..apa yang ditulis di blognya bukanlah sekadar main-main..penulisan yang berisi..penuh semangat..diceritakan olehnya bagaimana dianya dibesarkan dalam keluarganya..mak ayah telah mengajar dirinya sejak kecil tentang agama..solat tidak pernah ditinggalkannya..baginya dia bersyukur Allah memberikannya kejayaan mungkin kerana solatnya yang cukup.
Hmm..saya?saya tidaklah dibesarkan sebegitu 'islamik'. Jujur saya katakan, kebanyakan ilmu agama yang saya perolehi adalah dari sekolah..itupun sekadar 'kena pakai tudung bila baligh', 'bagaimana menunaikan solat-solat terutamanya solat-solat sunat (solat wajib tidak dinafikan saya telah tahu menunaikannya sejak sebelum sekolah tetapi tinggal menunaikannya atau tidak, itu belakang cerita)' dan tahulah..yang asas-asas tu..yang diajar di sekolah.
Saya dibesarkan dengan muzik..sejak dari umur 7 tahun saya dihantar ke kelas piano..begitu juga abang-abang saya dan adik saya. Bila menaiki kereta, lagu-lagu dipasang di radio hingga sampai sekarang agaknya saya boleh ingat lagu-lagu lama yang selalu didengari..selalu pita-pita video seperti kartun-kartun Disney (Cinderella, Little Mermaid, Alladin, Mickey Mouse dan sebagainya) disewa oleh bapaku supaya kami adik-beradik seronok..dari situ mungkin saya belajar angan-angan kosong..macam Cinderella..happily ever after..tak tahulah orang lain bagaimana..
Dan dari kecil, mungkin sejak umur lebih kurang 1 tahun, saya dibesarkan di luar negara selama lebih kurang tiga tahun. Mungkin saya tak tahu apa pengaruhnya kepada saya tetapi begitulah saya dibesarkan. Kadang-kadang saya rasa sungguh 'inferior' sehinggakan saya melarikan diri dari orang-orang yang baik-baik. Suka tapi takut untuk mendekati.
Saya jarang dimarahi oleh mak bapak saya..mungkin tak pernah dipukul.rasanya cara saya dibesarkan adalah dengan cara yang tiada black and white..semuanya seperti saya kena fikirkan sendiri..'mazni fikirlah sendiri mana baik mana buruk' seolah-olah mak bapak saya memberitahu saya..mungkin lebih kepada apa orang kata..''reverse psychology"?saya tak berapa pasti adakah istilah itu betul digunakan pada tempatnya atau tidak..contoh saya rasa saya dididik adalah begini..saya tak buat sesuatu perkara itu kerana jika saya buat saya dapat rasakan yang mak bapak saya tidak suka kepada saya..mungkin apa yang saya perlukan pada waktu kecil-kecil dahulu adalah yang 'ini tak boleh yang itu boleh.' Sekarang ni saya rasa sangat susah untuk membuat 'decision' sehingga nak buat pilihan makan apa pun tak tahu..saya tak yakin apa yang saya nak..hesitant..indecisive..takut membuat keputusan sendiri.
Mungkin bunyinya seperti saya membuka pekong di dada. Bunyinya seperti saya tidak bersyukur saya dibesarkan oleh mak bapak saya sendiri. Tetapi mak bapak saya juga menghantar saya ke kelas mengaji..alhamdulillah, saya pandai mengaji..tetapi takdelah hafizah..sekadar baca hukum tajwid tu betul tu bolehlah..mak bapak saya juga menggalakkan saya belajar bersungguh-sungguh, meneruskan pelajaran kalau boleh masuk ke sekolah asrama dan seterusnya ke luar negara..dari situ barulah saya mengenal lebih dalam pasal islam tetapi mungkin tak berapa dalam kalau nak dibandingkan dengan orang lain.
Ntahla...sekadar luahan hati..tetapi benda yang sudah dilepas kita nak buat macam mana..nak 'turn back time' pun tak boleh..mungkin sekarang ni, 'deep down' dalam hati saya ada perasaan tidak puas hati atau marah atau rasa ingin menyalahkan mak bapak saya tetapi tidak pernah diluahkan..nak diluahkan tidak boleh..terguris hati mak bapak bagaimana pula..apa yang saya boleh buat sekarang adalah masa sekarang..tak perlulah menunggu tahun baru ke, bulan ramadhan ke, turning point apa-apa..
Mungkin apa yang perlu dilakukan dahulu adalah memaafkan orang lain dan minta maaf daripada orang lain...merelakan apa sahaja yang sudah lepas.redha..accept whatever I am and have become now..bersyukur apa sahaja sekarang..mungkin setelah proses itu baru boleh 'move on'..bina kehidupan baru..ubah diri ke arah yang lebih baik..insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment